Thursday 15 November 2012

LAWAK MATEMATIK

Cikgu : Sekarang saya nak hangpa semua jawab soalan saya ni...EMPAT TOLAK DUA berapa?
Pelajar: 4 – 2 = 2..
Cikgu : Betul ke dua..hangpa pasti ka?..ok Karim, Kader..betul ka?
Karim : Betul Cikgu..DUA
Kader: Jawapan dia DUA cikgu..
Cikgu : Bagus...hangpa semua memang pandai.


Cikgu : Ok kalau TOLAK DUA TAMBAH EMPAT pulak..berapa jawapannya?
Pelajar : ENAM
Kader : Eh apa pulak 6..LAPAN la..
Karim : Hang lagi bengong..Kan kat depan tu ada tolak...jawapan dia TOLAK ENAM.
Kassim : Bukan tolak la..NEGATIF ENAM...cikgu pun silap tu..
Cikgu : Oh ya ka..maaf...ok ganti TOLAK dengan NEGATIF..so apa jawapannya?
Pelajar: -2 + 4 = -6 ..
Cikgu : Kamu pastiker tu jawapan dia?
Pelajar: Iye..NEGATIF ENAM..
Cikgu : Muktamad?..tiada bangkangan?
Pelajar: Muktamad cikgu...
Cikgu : Sekali lagi...hangpa memang terer.

Cikgu : Kalau LIMA TOLAK EMPAT?
Pelajar : SATU.
Cikgu : TOLAK EMPAT TAMBAH LIMA?
Pelajar : TOLAK SEMBILAN
Cikgu : Betul ka?..muktamad?
Pelajar: muktamad cikgu..
Cikgu : Kassim macam mana?
Kassim : NEGATIF SEMBILAN la..
Cikgu : Alamak saya silap lagi...Hangpa memang terer.

Cikgu : Katakanlah hangpa hutang dengan saya DUA ringgit...hangpa dah bayar EMPAT ringgit...jadi hangpa masih hutang lagi dengan saya ENAM ringgit...betul?
Pelajar : Eh..mana boleh cikgu...sepatutnya dah habis la hutang tu..
Cikgu : Apa alasan hangpa?
Pelajar : Kami hutang DUA ringgit ja..lepas tu bayar EMPAT ringgit..bukan saja dah habis bayar hutang..lebih lagi DUA ringgit lagi..
Cikgu: Habis tu kan hangpa cakap tadi..-2 + 4 = -6 ?
Pelajar : Eh........
Cikgu : Kassim?
Kassim : hehehehe...

Teknik Belajar Matematik

Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu lah mengikuti langkah berikut:
  • mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
  • Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
  • Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik.
  • Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang.
  • Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik.
  • Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik.
  • Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan lakukan tiap-tiap hari. Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar.
Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik membantu anda lebih memahami topik-topik dalam matematik dan juga membantu anda lebih mengingat fomula matematik dan ia juga membaiki teknik menjawab anda. diharapkan pelajar semua dpt memanfaatkan tips yg diberikan..krn kejayaan tdk akan dtg bergolek..usaha menentukan segalanya..

Cara mudah menghafal sifir

Timestable - Cara mudah didik anak-anak menguasai sifir tanpa menghafal

Bagaimana untuk mengajar anak2 menghafal sifir? Tidak semua anak mempunyai keupayaan yang sama. Ada anak2 yang mampu menghafal sifir dan ada yang tidak. Berikut ialah panduan membina kotak sifir yang amat berguna kepada anak2 yang tidak dapat menghafal sifir. Insyaallah… jika dipraktikkan selalu, anak2 dapat menguasai sifir dengan mudah.


Langkah2nya: 
1. Bina kotak sifir seperti dibawah. Isikan dari nombor 2 hingga 9 dibahagian atas kotak yang melintang dan di bahagian tepi kotak yang menurun. (lihat contoh)

x23456789
2







3







4







5







6







7







8







9







   
2. Mulakan dengan mengisi sifir 9. Caranya dimulai dengan nombor 1 hingga 8. (lihat contoh) 

x23456789
2






1
3






2
4






3
5






4
6






5
7






6
8






7
912345678
   
3. Tulis semula secara nombor 1 hingga 8 secara terbalik. (lihat contoh)

x23456789
2






18
3






27
4






36
5






45
6






54
7






63
8






72
91827364554637281
   
4. Sifir 9 telah lengkap. Isikan pula sifir 8 dimulai dengan nombor 1, 2, 3, 4, 4, 5, 6. Ingat! Nombor 4 diulang sebanyak 2 kali. (lihat contoh)

x23456789
2





118
3





227
4





336
5





445
6





454
7





563
8123445672
91827364554637281
   
5. Kemudian isikan nombor 6, 4, 2, 0, 8 dan dimulai semula dengan 8, 6, 4,2 - klu kepada anak2 ialah bermula dari nombor 8 akan tolak 2 bagi jawapan diperolehi. (lihat contoh)

x23456789
2





1618
3





2427
4





3236
5





4045
6





4854
7





5663
81624324048566472
91827364554637281
   
6. Sifir 8 telah siap. Sekarang isikan pula sifir 5 dimulai dengan nombor 1,1,2,2,3,3- setiap nombor diulang dua kali. (lihat contoh)
x23456789
2


1

1618
3


1

2427
4


2

3236
51122334045
6


3

4854
7


3

5663
81624324048566472
91827364554637281
   
7. Isikan pula nombor 0 dan 5 secara berulang. (lihat contoh)
x23456789
2


10

1618
3


15

2427
4


20

3236
51015202530354045
6


30

4854
7


35

5663
81624324048566472
91827364554637281
   
8. Sifir 5 telah siap. Kemudian isikan sifir2 yang lain sehingga kotak yang mendarabkan nombor sendiri . Jika anak sukar mendapatkan jawapan, mereka hendaklah mencampurkan jawapan dengan nombor yang didarab seperti 6,6+6=12, 12+6=18, 18+6=24 dan seterusnya.(lihat contoh)

x23456789
24

10

1618
369
15

2427
48121620

3236
51015202530354045
61218243036
4854
71421283542495663
81624324048566472
91827364554637281
   
9. Separuh sifir hampir siap. Akhir sekali, anak2 hanya perlu menyalin semula sifir merujuk jawapan yang telah diperlolehi. (lihat contoh)

x23456789
24681012141618
369121518212427
4812162024283236
51015202530354045
61218243036424854
71421283542495663
81624324048566472
91827364554637281


Anak2 telah mendapat satu kotak sifir yang lengkap. Apabila selalu dipraktik, anak2 akan mengambil masa selama 3 minit untuk menyiapkan kotak sifir ini. Biasakan anak2 untuk membina kotak sifir sebelum menjawab soalan2 yang mempunyai aktiviti sifir sebagai pengiraan. Selain itu cara ini lebih selamat untuk anak2 tidak membuat sebarang kesalahan ketika membuat pengiraan.  
Entri ini dikongsi semula dengan harapan ianya dapat membantu ibubapa dalam memastikan anak-anak menguasai sifir.