Tuesday 18 December 2012

KEAJAIBAN MATEMATIK

Jujukan antara Peratus Daratan dan Lautan

Satu kajian daripada Dr Tariq Al Suwaidan dan terbitan bukunya “The Series Of The Scientific Miracles In Qur’an” memperlihatkan kepada kita satu jujukan nombor di dalam Al-Qur’an yang perlu kita ketahui. Jujukan ini bukanlah satu kebetulan bahkan mukjizat Allah kepada Rasul Nya Muhammad SAW.

Berikut adalah bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Qur’an :
¶ Solat – 5 kali
¶ Dunia – 115 Kali : Akhirat – 115 Kali
¶ Malaikat – 88 Kali : Syaitan – 88 kali
¶ Hidup – 145 Kali : Mati – 145 Kali
¶ Faedah – 50 Kali : Kerugian – 50 Kali
¶ Ummah – 50 Kali : Penyampai – 50 Kali
¶ Bala/Musibah – 75 Kali : Bersyukur – 75 Kali :
¶ Bersedekah – 73 Kali : Berpuashati – 73 Kali
¶ Orang Sesat – 17 Kali : Orang Meninggal Dunia – 17 Kali
¶ Muslimin – 41 Kali : Jihad – 41 Kali
¶ Emas – 8 Kali : Kemurahan Hidup – 8 Kali
¶ Keajaiban – 60 Kali : Fitnah – 60 Kali
¶ Zakat – 32 Kali : Berkat – 32 Kali
¶ Minda – 49 Kali : Nur – 49 kali
¶ Lidah – 25 Kali : Sumpah – 25 Kali
¶ Nafsu – 8 Kali : Ketakutan – 8 Kali
¶ Kesusahan – 114 Kali : Kesabaran – 114 Kali
¶ Muhammad – 4 kali : Syariat – 4 Kali
¶ Lelaki – 24 Kali : Perempuan – 24 Kali
¶ Bulan – 12 Kali : Hari – 365 Kali
¶ Lautan – 32 Kali : Daratan – 13 Kali
¶ Iblis (Penghulu Syaitan)-11 Kali : Mohon Berlindung Dari Iblis – 11 Kali
¶ Bercakap di khalayak – 18 Kali : Berdakwah – 18 Kali
v LAUT & DARAT : 32 + 13 = 45
Justeru itu peratusan Laut : 32/45 X 100 = 71.1111111 Peratus
Peratusan Daratan : 13/45 X 100 = 28.8888889 peratus
JUMLAH DARATAN + LAUTAN = 100 %

INI YANG ANDA HARUS TAHU
Kajian sains pula oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi manakala tanah meliputi 28.889 peratus. Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT
Allahu Akhbar…
semoga bermanfaat..jazakallah.Maths-Catch.com -C.Rajaei

Monday 10 December 2012

Rahsia Nombor 9

Sesungguhnya banyak magik yang dapat kita perolehi dalam hasil tambah dan tolak atau pendaraban dan pembahagian nombor-nombor tertentu di dalam matematik. Pada kesempatan ini kami ingin mendedahkan suatu rahsia yang terdapat pada nombor 9.
Uniknya nombor 9 ini kerana ia merupakan nombor terakhir sebelum 10 maka akan mencetus beberapa kebetulan apabila melakukan hasil pendaraban kepada nombor 9.
Sebenarnya ada banyak magik yang boleh diaplikasi ke atas nombor 9 ini. tetapi untuk kesempatan yang ada kami akan beri 3 sahaja.
1. Apabila kita lihat kepada sifir 9, setiap nombor yang didarabkan dengan 9 akan memberi jawapan yang apabila ditambahkan kedua nombor pada jawapan tersebut akan memberi jumlah 9.
Contoh:
a) 2 x 9 = 18 (1+8) = 9
b) 3 x 9 = 27 (2+7) = 9
c) 4 x 9 = 36 (3+6) = 9
dan seterusnya…..

2. Sekiranya 2 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9, maka jalan penyelesaian paling mudah adalah seperti berikut:
contoh 1:
22 x 9 = ?
buat pendaraban 2×9 dahulu =18
Kemudian selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka 22 x 9 = 198

contoh2:
33 x 9 = ?
(3 x 9 = 27)
Selitkan nombor 9 di antara jawapan tadi
Maka jawapannya 297

contoh 3:
44 x 9 = ?
4 x 9 = 36
Maka Jawapannya 396

Mudah bukan?

3. Kini bagaimana pula sekiranya 3 digit nombor yang sama didarabkan dengan 9?
Contoh1:
222 x 9 =?
Seperti cara yang di atas, kita dapatkan dahulu hasil darab 2 x 9 = 18
Kini, selitkan bukan 9 tetapi 99 diantara jawapan tadi
Maka 222 x 9 = 1998

Contoh 2:
333 x 9 = ?
darabkan 3 x 9 = 27
Selitkan 99 di antara jawapan tadi
Maka 333 x 9 = 2997

Contoh 3:
444 x 9 =?
Rasanya anda tentu sudahpun mendapatkan jawapannya dengan cepat bukan?
Jawapannya 3996
Cuba anda tunjukkan rahsia ini kepada rakan anda, pasti mereka teruja dan akan menganggap anda sebagai genius matematik bukan? Tetapi, katakan kepada mereka inilah MATEMAGIK

Saturday 8 December 2012

Tips menarik minat pelajar belajar


class_owlKebiasaanmya, potret pembelajaran di dalam kelas boleh digambarkan seperti berikut....seorang guru dengan kapur tulis atau pen whiteboard, pembaris, buku teks pensil dan lain-lain, berdiri di tengah-tengah kelas sambil mengajar anak muridnya. Gambaran ini sering digunakan dalam filem-filem dan mungkin terpahat di dalam minda sesetengah ibubapa.
Pembelajaran di dalam kelas selalunya terbatas dengan buku teks dan kuiz yang mungkin diselitkan sekali sekala. Kalau pelajar bernasib baik, mungkin dapat menonton video atau cerita yang kadang kalanya kurang menarik atau sudah ditonoton oleh sebilangan pelajar di Astro. Lawatan sambil belajar..... lupakan sahajalah. Bila masa ujian, kandungan kertas ujian pun kadang-kadang hasil fotostat kertas ujian lama yang agak usang sehinggakan ada bahagian-bahagian yang kurang jelas sehinggakan ada pelajar yang merungut tidak dapat membacanya.
Ini semua mungkin cerita lama yang mungkin masih lagi berlaku atau pun tidak, di sekolah zaman sekarang. Masa dahulu, tidak ada Internet. Jadi bolehlah kita terima alasan tidak mempunyai cukup sumber maklumat untuk menjana idea yang mampu menggerakkan minda pelajar. Tetapi tidak lagi sekarang. Internet menawarkan berbagai maklumat yang boleh membantu ibubapa dan guru untuk menjana idea yang mampu menarik minat pelajar.
Berikut adalah beberapa tips:-
  1. Sebelum memulakan kelas, apa kata hiaskan suasana kelas mengikut tajuk tersebut. Contohnya, gantungkan poster-poster besar Bapa Kemerdekaan kita bila mengajar tentang sejarah kemerdekaan.
  2. Sediakan sesuatu yang menarik berkenaan sesuatu topik yang mampu dibawa balik oleh pelajar ke rumah. Contohnya warnakan lukisan, penyelesaian cerita misteri dan lain-lain.
  3. Kalau boleh, dapatkan DVD atau CD yang berkaitan dengan tajuk atau topik yang hendak diajar. Gunakan teknologi audio dan video kerana ianya memang terbukti menarik.
  4. Tetapkan satu masa, contohnya setiap hari Khamis, di mana pelajar-pelajar akan bergerak secara berkumpulan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Contohnya penyelesaian masalah, karangan, lakonan drama pendek dan sebagainya yang ada kena mengena dengan topik pelajaran. Ini dapat membantu pelajar ingat apa yang dibelajar.
  5. Kita mungkin boleh menjemput seseorang dari luar sekolah untuk memberi sedikit penerangan yang berkaitan dengan topik yang diajar. Gunakan maklumat latar belakang ibubapa pelajar dan PIBG untuk mendapatkan penglibatan ibubapa. Ini juga akan membantu pelajar mengingati apa yang dipelajari.
  6. Bincang dengan guru-guru kelas lain. Mungkin mereka juga berminat untuk sama-sama turut serta atau membantu menjayakan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan.
  7. Selalu ambil kisah tentang acara tempatan yang berlaku di sekeliling sekolah kita. Contonhya, anda mungkin sedang mengajar mengenai haiwan dan kebetulan pihak Zoo sedang mengadakan hari masuk percuma.
  8. Selalu juga perhatikan jualan murah yang mungkin dapat membantu kita membeli peralatan pembelajaran yang berkaitan dengan topik pada kadar yang murah.
  9. Beritahu atau berkomunikasi dengan ibubapa atau guru bagaimana anda boleh gunakan sumber atau input dari mereka.
  10. Lawati forum online atau lama sosial yang dapat membantu kita bertukar-tukar fikiran untuk kebaikan bersama.