RPH

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan model Pembelajaran Berasaskan Projek
CONTOH 1 MATEMATIK TAHUN 4
Pembelajaran Berasaskan Projek
Tajuk : Bentuk dan Ruang
Tajuk: Bentuk Dua Dimensi
Tahun: 4 Pintar

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:                                                                               
13.4     Memahami perimeter di dalam bentuk-bentuk 2 dimensi (2D).

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:                                                                             (i)        Mengecam sisi pada bentuk
            a) segiempat sama
            b) segiempat tepat
            c) segitiga
(ii)        Mengukur dan merekodkan perimeter
            a) segiempat sama
            b) segiempat tepat
            c) segitiga
Objektif Pengajaran
Murid dapat membina sesuatu bentuk dengan mengetahui dengan tepat akan ukuran perimeter serta sisi yang ada pada bentuk yang dibina.
Masa: 60 minit (2 waktu)








FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
1. Persediaan

Tinjauan berfokus
/berstruktur
penyoalan


Guru menyediakan beberapa bahan yang mempunyai bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga seperti biskut lemak, bata, sapu tangan, ketupat, dll.

Tunjukkan pada murid, minta mereka namakan objek dan memberitahu bentuk yang sesuai, sama ada segiempat sama, segiempat tepat atau segitiga








Memberitahu kepada murid bahawa bentuk-bentuk tadi dikenali sebagai bentuk 2D. Ia mempunyai sisi dan juga perimeter.








Meminta murid menamakan bahan yang ditunjukkan.

Meminta murid menamakan bentuk yang sesuai dengan bahan yang ditunjukkan.

Meminta murid menamakan lagi benda-benda yang pernah mereka lihat yang mempunyai bentuk empat segi sama, segi empat tepat dan segitiga.


2.  Imaginasi

Meneroka










Merancang












Meramal



Membimbing murid untuk melakar  bentuk-bentuk yang dinamakan tadi di atas beberapa keping kertas yang disediakan. Murid diminta untuk menggunting bentuk yang dilukis tadi dan menampalnya di dalam buku latihan. Setelah itu, minta murid menamakan setiap bentuk yang dilukis tadi serta jumlah sisi yang ada pada setiap bentuk.

Menjelaskan kepada murid bahawa bentuk-bentuk yang telah mereka lukiskan tadi mempunyai perimeter, iaitu ukur lilit pada sesebuah bentuk.

Guru mengedarkan tali kepada murid-murid. Dengan menggunakan tali tersebut, guru membimbing murid-murid mengukur perimeter pada bentuk 2D yang telah dilukis kan tadi. Murid-murid mencatat perimeter bagi setiap bentuk yang telah dilukiskan tadi.

Guru menampal beberapa bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz. Daripada bentuk-bentuk yang disediakan itu, guru mencantumkan bentuk-bentuk tersebut.


Guru meminta murid meramalkan dan menamakan apakah bentuk yang terhasil jika bentuk-bentuk 2D tadi dicantumkan



Murid menamakan dan melabelkan bentuk-bentuk yang telah dilukiskan tadi serta jumlah sisinya









Murid menulis ukuran perimeter setelah mengukur tali yang digunakan tadi dengan pembaris.

Murid meneka dan meramalkan apakah nama bentuk yang telah dicantumkan tadi.


Jika dicantum bentuk-bentuk ini, apakah yang akan terhasil?
Murid meramal bentuk yang terhasil.
3. Perkembangan

Meneroka










Mencari maklumat














Membuat prototaip


Murid diagihkan kepada 6 kumpulan. Memberitahu murid-murid bahawa mereka akan dibimbing untuk membina satu projek iaitu membuat satu kolaj berbentuk tunggal.

Guru mengedarkan beberapa helai kertas yang mengandungi bentuk-bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz.

Murid diminta menggunting bentuk-bentuk 2D yang disediakan itu



Dengan menunjukkan beberapa contoh, minta mereka membentuk dan membina satu bentuk/benda dengan menggunakan bentuk-bentuk 2D yang ada.

Murid digalakkan berbincang di dalam kumpulan masing-masing.


Murid boleh merujuk kepada buku untuk mencari maklumat tambahan bagi membentuk bahan atau benda yang dikehendaki.

Murid melakar sketch idea untuk projek dan menunjukkan pada guru. Guru akan memberikan cadangan untuk penambahbaikan.

Murid dibimbing membuat projek/membina prototaip masing-masing.

Guru mengingatkan murid tentang kekemasan dan ketelitian semasa membuat kolaj tersebut.



Guru memaklumkan kepada murid bahawa mereka akan membuat satu projek dengan menggunakan bentuk-bentuk 2D






Guru mengingatkan murid tentang aspek keselamatan semasa membuat aktiviti menggunting

Murid diminta membuat satu objek atau benda dengan menggunakan bentuk-bentuk 2D.


Berbincang dengan rakan-rakan untuk mendapatkan idea dan membuat projek.
Bertanya guru jika perlu

Murid boleh mencari gambar atau lakaran yang sesuai di dalam buku


Guru memberi pandangan serta pendapat terhadap lakaran yang ditunjukkan.
4. Tindakan

Menganalisis maklumat







Mentaksir






Menguji prototaip



Melapor




















Dokumentasi dan
Merumus



Meminta murid mengukur perimeter dan juga bilangan sisi yang ada pada hasil kolaj yang mereka bina bagi  melaporkan tentang hasil karya yang telah dibuat. Ulang aktiviti mengukur perimeter dan menghitung sisi di antara kumpulan.


Minta murid mencatat ukuran perimeter, bilangan sisi dan bentuk 2D yang digunakan bagi membentuk bahan yang dihasilkan pada bahagian belakang prototaip yang dibuat.


Menguji prototaip yang bina dengan memeriksa tampalan, hasil lukisan dan guntingan yang dibuat.

Menilai hasil kerja murid dengan meminta murid memberikan pendapat dan pandangan.


















Guru membuat rumusan daripada hasil yang diterima. Menampal hasil prototaip
pada sudut pameran di belakang kelas.




Guru memastikan murid mengukur perimeter dan menghitung sisi yang ada pada kolaj yang dibina dengan tepat.




Murid-murid, sekarang kamu catatkan bilangan sisi, ukuran perimeter dan bentuk 2D yang telah kamu bina pada bahagian belakang kolaj itu


Guru memeriksa tentang kekemasan hasil karya murid


Soal jawab tentang hasil yang dibuat oleh murid:
Model apakah yang telah dibina oleh kumpulan ini?
Berapakah ukuran perimeter untuk kolaj yang dihasilkan?
Berapakah bilangan sisi yang ada pada kolaj ini?
Apakah bentuk-bentuk 2D yang paling banyak digunakan untuk membina projek ini?
Adakah kolaj yang dihasilkan menarik? Kenapa?
Adakah bentuk 2D yang dipilih ini sesuai?
Bolehkah bentuk 2D yang lain digunakan untuk menghasilkan kolaj seperti ini? (Idea boleh dikembangkan mengikut respon dari murid)

Penggunaan bentuk 2D yang sesuai, kedudukan dan susunan yang sesuai, saiz yang sesuai, dll
  Pentaksiran

Pembentangan murid berkaitan model yan dibina dan respon murid terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid.
  Nilai dan Sikap
Kerjasama. Saling bantu membantu, dan menganalisa,




No comments:

Post a Comment